Tabung Amanah Sultan Kedah

Kenyataan Tabung Amanah Sultan Kedah Mengenai Status Pengecualian Cukai

Kepada Para Penyumbang,

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah secara rasmi memperoleh status pengecualian cukai, efektif 1 Januari 2025. Dengan kelulusan ini, derma wang tunai kepada Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) layak diberi potongan dalam mengira pendapatan agregat pendermanya tertakluk kepada peraturan sedia ada.

Dengan pengesahan ini, semua sumbangan yang diterima mulai Januari 2025 sehingga Disember 2026 kini layak untuk mendapatkan resit pengecualian cukai.  Ini bermakna setiap sumbangan anda bukan sahaja terus membantu menjayakan misi kami, tetapi malah turut memberikan manfaat tambahan kepada anda sebagai penyumbang.

Pengecualian cukai ini diluluskan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan anda yang amat bermakna. Sumbangan anda memainkan peranan besar dalam membantu kami memberi masa depan yang lebih cerah kepada semua yang memerlukan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di +6011-1499 4565 atau email donation@taskedah.org