






Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) diasaskan pada Oktober 2022 di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. TASK merupakan manifestasi keprihatinan diraja terhadap kebajikan dan kemakmuran rakyat serta mencerminkan visi mulia Baginda melalui enam teras utama: Pendidikan, Sukan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Kebajikan Sosial, Pemuliharaan Alam Sekitar, dan Perlindungan Haiwan. Melalui teras-teras ini, TASK bertekad merealisasikan aspirasi diraja dalam membentuk masyarakat yang makmur, harmoni, dan berdaya saing. TASK diperbadankan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) pada 15 Januari 2025.
Rakaman titah ucapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Pengerusi Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) pada 22 April 2025.
Rakaman titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah merangkap Ahli Lembaga Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) pada 17 Februari 2025.
Pelajar B40 yang terlibat dalam Program Pembangunan Diri, Latihan Teknologi, Kemahiran Bahasa Inggeris, Jaminan Penempatan Kerjaya, program kesedaran serta program sokongan seperti Program Sarapan Pagi.
Rakyat mempunyai akses kepada Air Bersih, pengagihan Susu Tepung Penuh Krim dan Multivitamin untuk menyokong kesihatan Ibu Hamil yang berisiko dan Kanak-kanak B40 yang kekurangan Zat Makanan.
Keluarga berpendapatan rendah/B40 dan menerima sokongan seperti Bakul Makanan Asas, Sumbangan Wang Tunai, Sumbangan Back-to-School, Program Baik Pulih rumah dan mangsa bencana alam.
Program Pemandulan Anjing Liar, Penyelenggaraan Pusat Perlindungan Haiwan dan Penyediaan Makanan Haiwan Terbiar.
Menggalakkan inisiatif untuk pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar, termasuk projek penghijauan dan pemeliharaan hidupan marin.
Mendorong penyertaan dalam aktiviti sukan melalui penambahbaikan kemudahan sukan, penyediaan peralatan, dan sokongan kepada atlet muda.
Makluman
Laman web ini kini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
Sekiranya anda masih melihat versi dwibahasa, sila muat semula (refresh) halaman ini untuk mengakses versi terkini laman web.
Terima kasih.