Tabung Amanah Sultan Kedah

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) diasaskan pada Oktober 2022 di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. TASK merupakan manifestasi keprihatinan diraja terhadap kebajikan dan kemakmuran rakyat serta mencerminkan visi mulia Baginda melalui enam teras utama: Pendidikan, Sukan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Kebajikan Sosial, Pemeliharaan Alam Sekitar, dan Perlindungan Haiwan. Melalui teras-teras ini, TASK bertekad merealisasikan aspirasi diraja dalam membentuk masyarakat yang makmur, harmoni, dan berdaya saing.

DALAM PROSES - Titah DIRAJA (RAJA MUDA KEDAH)

DALAM PROSES - Titah diraja (TUNKU MAHKOTA KEDAH)

Teras Utama

Pendidikan

Menyediakan bantuan kewangan untuk institusi pendidikan dan pelajar, program pendidikan yang menyokong perkembangan akademik dan kemahiran dan program kesedaran untuk komuniti.

Sukan

Mendorong penyertaan dalam aktiviti sukan melalui penambahbaikan kemudahan sukan, penyediaan peralatan, dan sokongan kepada atlet muda.

Kesihatan Dan Kesejahteraan

Membantu dalam penyelenggaraan fasiliti kesihatan, serta memberikan sokongan kepada program-program kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Kebajikan Sosial

Memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, warga emas, keluarga berpendapatan rendah dan mangsa-mangsa bencana alam.

Pemuliharaan Alam Sekitar

Menggalakkan inisiatif untuk pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar, termasuk projek penghijauan dan pemeliharaan hidupan marin.

Perlindungan Haiwan

Menyokong perlindungan dan kesejahteraan haiwan melalui bantuan kepada pusat perlindungan haiwan dan program kesedaran masyarakat.

PENERIMA MANFAAT

Pendidikan
0

Pelajar B40 yang terlibat dalam Program Pembangunan Diri, Latihan Teknologi, Kemahiran Bahasa Inggeris, Jaminan Penempatan Kerjaya, program kesedaran serta program sokongan seperti Program Sarapan Pagi.

Kesihatan
0

Rakyat mempunyai akses kepada Air Bersih, pengagihan Susu Tepung Penuh Krim dan Multivitamin untuk menyokong kesihatan Ibu Hamil yang berisiko dan Kanak-kanak B40 yang kekurangan Zat Makanan.

Kebajikan Sosial
0

Keluarga berpendapatan rendah/B40 dan menerima sokongan seperti Bakul Makanan Asas, Sumbangan Wang Tunai, Sumbangan Back-to-School, Program Baik Pulih rumah dan mangsa bencana alam.

Perlindungan Haiwan
0

Program Pemandulan Anjing Liar, Penyelenggaraan Pusat Perlindungan Haiwan dan Penyediaan Makanan Haiwan Terbiar.

Pemuliharaan Alam Sekitar

0
Sukan
0