Tabung Amanah Sultan Kedah

YG BHG DATUK MOHD NAJIB BIN ABDULLAH

Pengerusi Etiqa General Insurance Berhad

Datuk Najib mempunyai pengalaman kerja lebih dari 30 tahun di dalam sektor kewangan. Sebelum menyertai Kumpulan Maybank, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Berhad masing-masing sejak 2006 dan 2012,. Beliau memulakan kerjaya perbankan di Citibank dari tahun 1985 hingga 2002. Beliau meninggalkan Citibank untuk menyertai Malaysian National Insurance Berhad, di mana beliau kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2004.

Di dalam Kumpulan Maybank, Datuk Najib juga merupakan Pengerusi Etiqa Life Insurance Berhad dan Pengerusi Etiqa General Insurance (Cambodia) Plc. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Maybank Ageas Holdings Berhad. Datuk Najib juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Asia Capital Reinsurance Malaysia Sdn Bhd.

Beliau adalah seorang Fellow Chartered Banker dari Chartered Banker Institute, United Kingdom dan Asian Institute of Chartered Bankers, Malaysia. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer dan Matematik (Magna Cum Laude) dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat.