Tabung Amanah Sultan Kedah

KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH PERKENAN BERANGKAT KE PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA (PPS) DI STADIUM SULTAN ABDUL HALIM (SSAH)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan bercemar duli melawat seramai 588 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 175 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) sejak Khamis lalu selepas hujan lebat yang melanda negeri ini bermula 16 September.
 
Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah serta ketua-ketua jabatan yang lain.
 
Dalam lawatan tersebut, Tuanku Sultan turut menyampaikan sumbangan wang tunai melalui Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) kepada para mangsa banjir, sebagai tanda keprihatinan Baginda terhadap rakyat yang terkesan.
 
Tuanku Sultan juga menitipkan pesan kepada mangsa banjir agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri dalam menghadapi musibah ini.
 

Ikuti kami di media sosial: