Tabung Amanah Sultan Kedah

PROGRAM GOTONG ROYONG PASCA BANJIR ANJURAN TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK) DI MUKIM DERANG, POKOK SENA

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah menganjurkan Program Gotong Royong Pasca Banjir di Mukim Derang, Pokok Sena (Hari ini). Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena, Tuan Haji Azhan Abd Hamid, Pengurus Besar TASK, Presiden Penghulu Negeri Kedah, Encik Jamani bin Jamaludin, penghulu-penghulu Negeri Kedah, Penghulu Mukim Derang, kakitangan TASK, kakitangan Pejabat Daerah Pokok Sena, serta NGO dan agensi yang terlibat bersama para sukarelawan.
 
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengurus Besar TASK, Tuan Haji Azhan Abd Hamid, diikuti oleh ucapan aluan dan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena.
 
Aktiviti program melibatkan pembersihan menyeluruh di Pejabat Penghulu Mukim Derang, Maahad Tarbiyah Islamiah, Derang serta kawasan-kawasan penduduk yang terjejas akibat banjir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan komitmen padu dalam memastikan kejayaan Program ini. Semoga usaha murni ini membawa keberkatan dan kebaikan kepada semua yang terlibat.
 

Ikuti kami di media sosial: