Tabung Amanah Sultan Kedah

PROGRAM JEJAK WARIS HIJAU KUNING 2024 UNTUK 112 PENGHULU NEGERI KEDAH, MEMACU INISIATIF PENGURUSAN PUSAKA YANG BERETIKA

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan kerjasama Pennawaris Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan program Jejak Waris Hijau Kuning di Wisma Darul Aman, Alor Setar, yang melibatkan 112 penghulu dari seluruh negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk menangani isu tunggakan kes pusaka yang semakin meningkat, terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak kes perbicaraan tertangguh.
 
Program Jejak Waris Hijau Kuning 2024 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, Ahli Lembaga TASK, dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Azhan Abd Hamid, Pengurus Besar TASK, Dr. Anne Ismail, Pengasas Penna Waris Sdn Bhd., Tuan Haji Sharen Alzalip, Timbalan Pengerusi Pennawaris Sdn. Bhd., dan Encik Jamani bin Jamaludin, Pengerusi Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul Aman.
 
Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penghulu tentang pentingnya ilmu pewarisan yang betul dan beretika, serta cara pengurusan harta pusaka yang patuh syariah. Semoga usaha ini dapat mempercepatkan proses tuntutan pusaka dan memastikan harta pusaka dapat dimanfaatkan oleh waris dengan adil dan bermanfaat.
 

Ikuti kami di media sosial: