Turut hadir, Dato’ Seri Norizan Khazali; Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Bakar Din; Dato’ Wira Vijayasundram Jeyabalan, Ahli Lembaga TASK, Profesor Emeritus Dato’ Wira Dr Mohd Salleh Din; Faisal Rizal Mohammad, Pegawai Daerah Sik dan Pengurus Besar TASK, Tuan Haji Azhan Abd Hamid.
Projek Telaga Tiub ini bertujuan untuk menangani keperluan mendesak bekalan air yang tidak mencukupi untuk pelajar di Sekolah Menengah Agama Irsyadiah, dan penduduk Kampung Pondok Ampang yang memberi manfaat air bersih kepada lebih 1,000 orang penduduk.
Baginda Tuanku seterusnya menziarahi dua (2) buah rumah penduduk setempat serta mengurniakan sumbangan Program Santuni Rakyat Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK).
Program Santuni Rakyat TASK di Daerah Sik, lokasi keempat selepas Alor Setar, Langkawi, dan Bandar Baharu, bertujuan membantu 20 keluarga yang memerlukan di setiap daerah di Kedah. Bantuan seperti bakul makanan asas, bekalan makanan segar, dan projek renovasi kediaman disalurkan kepada keluarga terkesan akibat bencana atau kesulitan hidup, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang.
Melalui inisiatif ini, TASK komited untuk terus memberi sokongan kepada komuniti yang memerlukan.