Tabung Amanah Sultan Kedah

MISI BANTUAN PASCA-BANJIR DAN SUMBANGAN ALAT TULIS UNTUK 240 PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI MAAHAD TARBIAH AL ISLAMIAH, DERANG, POKOK SENA

10 Disember 2024, Pokok Sena – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah melaksanakan misi bantuan pasca-banjir dengan menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 240 pelajar sekolah rendah di Maahad Tarbiah Al Islamiah, Derang, Pokok Sena. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang kehilangan peralatan belajar akibat banjir besar yang melanda Kedah baru-baru ini, seterusnya mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Azhan Abd Hamid, Pengurus Besar TASK, bersama Ustaz Mohd Aizat Naqiuddin bin Mansor, Mudir Bahagian Rendah (Aftal), Maahad Tarbiah Al Islamiah.
Inisiatif ini diharap dapat memberikan dorongan dan sokongan moral kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan walaupun diuji dengan cabaran yang besar.

Ikuti kami di media sosial: