7 Disember 2024, Kubang Pasu – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah telah melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir di kawasan Kubang Pasu. Program ini memberi tumpuan kepada beberapa lokasi utama, termasuk Surau Taman Tabung Haji, Dewan Orang Ramai, serta rumah-rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.
Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah kerja-kerja pembersihan kawasan terjejas dan pemeriksaan pendawaian elektrik yang dikendalikan oleh pelatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Selain itu, makanan turut diagihkan kepada penduduk yang terkesan serta sukarelawan, sebagai usaha meringankan beban komuniti pasca bencana.
Majlis Belia Malaysia (MBM) menyumbangkan kit kebersihan wanita kepada penduduk terjejas, khususnya untuk membantu golongan wanita dalam menghadapi cabaran pasca banjir.