TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK) BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MEMBANTU 300 ORANG MURID CEMERLANG NEGERI KEDAH DALAM PROGRAM SIRI 1-3 KEDAH INTERNATIONAL STEM & ENGLISH IN CAMP
13-15 Januari 2025, Langkawi – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) bersama-bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menyantuni dan membantu 100 orang murid-murid B40 cemerlang Negeri Kedah dalam program Siri 3 iaitu siri terakhir selepas Siri 1 & Siri 2 Kedah International STEM & English In Camp.
Program ini menawarkan pengalaman bertaraf antarabangsa dengan peluang meningkatkan kemahiran STEM dan bahasa Inggeris melalui 7 aktiviti menarik, termasuk STEM Treasure Hunt yang disokong oleh Panorama Langkawi.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Seri Setia Diraja Dato’ Paduka Haji Bakar Din, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja merangkap Ahli Lembaga Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) yang berharap para pelajar ini akan terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada generasi muda Negeri Kedah.
Program ini mendapat sokongan dan biaya penuh dari Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK), yang memastikan lebih 300 pelajar terbaik B40 Negeri Kedah di bawah inisiatif Sayangi Anak Kedah (SAYAK) dapat menyertai program seperti ini dan terus mencapai impian mereka tanpa halangan kewangan.
Selain itu, dashboard SAYAK turut diperkenalkan untuk memantau prestasi peserta dan merangka pelan sokongan strategik bagi kejayaan mereka.
Semoga program ini memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berjaya di peringkat global.