Tabung Amanah Sultan Kedah

TASK HULUR SUMBANGAN IFTAR RAMADAN DAN DUIT RAYA KEPADA WARGA EMAS DAN ANAK YATIM PERTUBUHAN JARIAH QASEH MALAYSIA

Ikuti kami di media sosial:

18 Mac 2025 (Selasa) | Gurun – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia, Gurun, yang turut disertai oleh Pertubuhan Anak Yatim Daerah Kuala Muda.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan, TASK telah menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada para penghuni pertubuhan, selain menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan warga emas sebagai tanda penghargaan dan sokongan. Selain itu, TASK turut menyumbangkan lampu bagi tujuan pembinaan surau di kawasan pertubuhan bagi kemudahan penghuni dan komuniti setempat.
Pengurus Besar TASK, Tuan Azhan Abd Hamid, bersama barisan kakitangan telah disambut oleh Puan Natipah Abu, pemilik pertubuhan, serta para penghuni. TASK merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia atas kerjasama yang diberikan dan berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada semua.