Tabung Amanah Sultan Kedah

TASK MENAJA PASUKAN VELOCE DARIPADA AKADEMI SAINS PENDANG UNTUK PERTANDINGAN “F1 IN SCHOOLS NATIONAL FINALS 2025

Ikuti kami di media sosial:

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah menaja Pasukan VELOCE dari Akademi Sains Pendang, yang mewakili Kedah dalam pertandingan F1 in Schools National Finals 2025. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung pada 23 – 28 Februari 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Pertandingan F1 in Schools merupakan inisiatif STEM yang diiktiraf di peringkat global dan bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Selain itu, pertandingan ini turut membantu pelajar membangunkan kemahiran penting dalam reka bentuk kereta, penjenamaan, tajaan, pemasaran, media, strategi kewangan, kepimpinan, dan kerja berpasukan.
Tajaan daripada TASK digunakan untuk menampung perbelanjaan berkaitan pertandingan, termasuk bahan, logistik, dan kos persiapan bagi memastikan Pasukan VELOCE dapat bertanding pada tahap tertinggi. TASK kekal komited dalam menyokong kecemerlangan pendidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar di Kedah, sejajar dengan misinya untuk membangunkan komuniti tempatan. TASK mengucapkan tahniah kepada Pasukan VELOCE atas kejayaan mereka melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan dan mendoakan kejayaan mereka dalam pertandingan ini.