PROGRAM BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MEMBANTU 100 ORANG MURID CEMERLANG NEGERI KEDAH DALAM PROGRAM SIRI 1 KEDAH INTERNATIONAL STEM & ENGLISH IN CAMP
Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) bersama-bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menyantuni dan membantu 100 orang murid-murid B40 cemerlang Negeri Kedah dalam program siri pertama Kedah International STEM & English In Camp.
Program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid cemerlang B40 negeri Kedah bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan murid-murid antarabangsa yang melibatkan 4 buah negara jiran iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Program 3 hari 2 malam ini melibatkan aktiviti-aktiviti STEM yang dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris di Kilim Geopark, Taman Lagenda, Oriental Village dan sekitar pekan kuah, Langkawi.
Penglibatan murid antarabangsa dalam kumpulan bersama-sama murid Kedah ini memberikan ruang dan peluang interaksi yang lebih dekat untuk mereka mengalami pengalaman komunikasi secara langsung.
Program ini diharap dapat memberikan peluang untuk meningkatkan markah PAJSK murid-murid cemerlang B40 negeri Kedah yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan penglibatan di peringkat antarabangsa.