Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah berjaya menganjurkan Program Hari Kesihatan & Kesejahteraan TASK 2026 yang dirasmikan oleh Pengurus Besar TASK, Tuan Haji Azhan Abd Hamid. Program ini turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah, Encik Rahmat Asyraf; Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Encik Ahmadi Abdullah; Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Dr. Fadhil Marzuki; serta Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Ooi Keat Hoe.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri melalui pelbagai aktiviti pemeriksaan kesihatan, saringan kesihatan serta perkongsian berkaitan penjagaan kesihatan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen TASK dalam memperkasa kesejahteraan komuniti melalui usaha meningkatkan kesedaran, menggalakkan amalan hidup sihat dan memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi, rakan kerjasama, penyumbang serta petugas yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai.