SMK Baling, 12 Jun 2026 – Lensa sekitar Program Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM bersama Teacher Em yang berlangsung di SMK Baling pada Jumaat lalu.
Program yang dibawakan khas dengan penajaan penuh oleh Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) ini bertujuan untuk membongkar tip-tip ‘mahal’ dan teknik pemarkahan kritikal bagi membantu para pelajar skor A dalam subjek Bahasa Inggeris. Slot bersama Teacher Em ternyata membakar semangat dan membuka minda anak-anak pelapis Kedah kita di Baling.
Terima kasih SMK Baling atas sambutan yang luar biasa. Kepada semua calon SPM, jalan menuju kejayaan sudah terbentang, kini masa anda untuk menentukan kejayaan anda.