Skip to main content

Tabung Amanah Sultan Kedah

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM BERSAMA TEACHER EM DI SMK SIK,KEDAH TAJAAN TASK

Ikuti kami di media sosial:

26 Julai 2026 (Ahad), Sik – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) berbesar hati meneruskan inisiatif pendidikan menerusi penganjuran Bengkel English Made Possible with Teacher Em yang telah berlangsung di SMK Sik. Program ini bertujuan membantu para pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.

Para peserta turut didedahkan kepada pelbagai teknik pembelajaran, strategi meningkatkan kemahiran berbahasa serta tip membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Sik, para guru, Teacher Em, fasilitator serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. TASK percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai untuk masa depan negeri dan negara. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai pelajar di seluruh negeri Kedah.