Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah menjadi penaja bagi program Furry Day: Purr-fect Day for Cat Lovers, anjuran Kelab Pencinta Haiwan, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Foyer Perpustakaan UUM.
Program ini selaras dengan salah satu teras utama TASK, iaitu kesejahteraan haiwan (Animal Welfare). Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan dan kasih sayang terhadap haiwan, khususnya kucing. Aktiviti yang diadakan sepanjang program ini termasuk kempen Pawsitive Adoption, pemeriksaan kesihatan haiwan, pertandingan kucing, ceramah penjagaan haiwan jalanan, dan pelbagai pengisian menarik yang lain.
TASK amat berbesar hati dapat menyokong usaha ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada haiwan tetapi juga menyemai rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat. Semoga inisiatif ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak usaha ke arah melestarikan kesejahteraan haiwan di masa hadapan.