Tabung Amanah Sultan Kedah

TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK) BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MEMBANTU 300 ORANG MURID CEMERLANG NEGERI KEDAH DALAM PROGRAM SIRI 1-3 KEDAH INTERNATIONAL STEM & ENGLISH IN CAMP

17-19 Disember 2024, Langkawi – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) bersama-bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menyantuni dan membantu 100 orang murid-murid B40 cemerlang Negeri Kedah dalam program siri kedua Kedah International STEM & English In Camp.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Amanah Tuanku Sultan Kedah (TASK) khusus untuk membantu anak-anak Kedah B40 yang cemerlang. Anak-anak B40 cemerlang ini dibantu untuk meningkatkan markah penglibatan mereka dalam PAJSK disamping memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan murid-murid lain diperingkat antarabangsa.
Program 3 Hari 2 Malam ini melibatkan seramai 111 orang murid dari Malaysia, Thailand dan Indonesia. 8 aktiviti utama dilaksanakan sepanjang program melibatkan aktiviti STEM di Oriental Village, Taman Lagenda serta Eagle Square. Siri ke-2 ini, melengkapkan 200 orang murid dari keseluruhan 300 orang murid SAYAK yang terpilih ke Fasa 2 progam Sayangi Anak Kedah.
Program siri ke-3 akan dilaksanakan pada 13-15 Januari 2025 ini.
 

Ikuti kami di media sosial: