Skip to main content

Tabung Amanah Sultan Kedah

TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK) MENYOKONG PENYERTAAN PASUKAN BRIGED MUZIK SK PENDANG KE MALAYSIA INTERNATIONAL MARCHING ARTS CHAMPIONSHIP

Ikuti kami di media sosial:

23-25 Julai 2026 | Arena MBJB

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Briged Muzik SK Pendang, Kedah atas kejayaan cemerlang dalam Malaysia International Marching Arts Championship yang berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2026 bertempat di Arena MBJB, Johor Bahru.

Pasukan SK Pendang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Kedah dengan meraih pencapaian berikut:

🥇 1st Ranking – Drummers Showdown
🏆 Johan – Drummers Face-off
🥉 Tempat Ketiga – Colorguards Show

Kejayaan ini membuktikan dedikasi, disiplin serta semangat juang tinggi para pelajar dan jurulatih dalam mempersembahkan bakat seni persembahan bertaraf antarabangsa.

TASK berbangga dapat menyumbang sokongan kepada penyertaan SK Pendang, Kedah dalam pertandingan ini sebagai sebahagian daripada komitmen TASK dalam memperkasa pembangunan bakat, kreativiti dan potensi generasi muda.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan teruskan mengharumkan nama Kedah!