Skip to main content

Tabung Amanah Sultan Kedah

TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK) MENJADI PENAJA UTAMA KONTINJEN NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026

Ikuti kami di media sosial:

28 Julai 2026 (Selasa), Alor Setar – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) berbesar hati menjadi Penaja Utama kepada Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman sempena penyertaan ke Sukan Malaysia (SUKMA) XXII, Selangor 2026. Sebagai tanda komitmen terhadap pembangunan sukan negeri, TASK telah menyalurkan tajaan berjumlah RM465,183.72 bagi menyokong persiapan dan penyertaan kontinjen Negeri Kedah Darul Aman ke temasya sukan berprestij tersebut.

Tajaan ini mencerminkan komitmen berterusan TASK dalam memperkasa pembangunan sukan di Negeri Kedah, di samping menyokong usaha melahirkan atlet yang cemerlang, berdaya saing dan mampu mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.

TASK mendoakan agar Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kejayaan cemerlang dalam mengharumkan nama Negeri Kedah di pentas SUKMA XXII, Selangor 2026.