Tabung Amanah Sultan Kedah

PROGRAM FLAG-OFF ZERO-TO-HERO WELDER TAJAAN TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK)

Ikuti kami di media sosial:

2 November 2025 | Alor Setar – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan kerjasama TWI Technology (S.E. Asia) telah mengadakan Majlis Flag-Off bagi peserta Program Zero-to-Hero Welder bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras Bawah, Blok E, Wisma Darul Aman.

Program ini merupakan inisiatif TASK bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kimpalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (Certified Welder). Seramai lima (5) orang peserta bersama ahli keluarga masing-masing diraikan sebelum berangkat ke Shah Alam, Selangor, bagi menjalani Program Latihan Kimpalan Kemahiran Tinggi selama empat bulan.

Inisiatif ini membuka peluang kepada golongan belia B40, lepasan SPM atau Tahfiz, serta individu yang mempunyai asas kemahiran kimpalan untuk meningkatkan kecekapan mereka dan memperoleh sijil pengiktirafan antarabangsa — sekali gus membuka laluan kepada peluang pekerjaan dalam industri minyak & gas serta sektor berkaitan di dalam dan luar negara.

TASK berharap agar program ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang, seterusnya memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada golongan belia di seluruh negeri.