Skip to main content

Tabung Amanah Sultan Kedah

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN WANG TUNAI DAN BAKUL MAKANAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025 TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK)

Ikuti kami di media sosial:

22 Januari 2025, Sungai Petani – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Tunai dan Bakul Makanan sempena Tahun Baharu Cina 2025 dengan kerjasama Penghulu Mukim Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani Kedah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Ya’ya, Pegawai Daerah Kuala Muda disaksikan oleh Tuan Haji Azhan bin Abd Hamid, Pengurus Besar TASK, Encik Jamani bin Jamaludin, Penghulu Mukim Sungai Petani merangkap Presiden Penghulu Negeri Kedah dan Encik Leong Beng Tat, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani.

Sumbangan sebanyak RM100 wang tunai dan bakul makanan bernilai RM50 telah diberikan kepada 100 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan OKU sebagai simbolik meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Melalui program ini, TASK terus komited untuk membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang selaras dengan matlamat menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan di negeri Kedah.