Baling, 24 Jun 2026 (Rabu) – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) berbesar hati meneruskan inisiatif pendidikan menerusi penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM bersama Teacher Em yang telah berlangsung di SMK Tunku Putera, Baling.
Program ini telah memberi manfaat kepada 187 orang calon SPM, yang berpeluang mengikuti perkongsian teknik menjawab peperiksaan, strategi pemarkahan serta panduan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Tunku Putera, Baling, para guru, fasilitator serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. TASK percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai untuk masa depan negeri dan negara. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai pelajar di seluruh negeri Kedah.