Skip to main content

Tabung Amanah Sultan Kedah

PERBINCANGAN AWAL BERKAITAN INISIATIF KEBAJIKAN HAIWAN DI LANGKAWI

Ikuti kami di media sosial:

14 Mei 2026 – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan satu sesi perbincangan awal bersama Encik Mohd Hamri Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), serta David daripada Persatuan Perlindung Haiwan Langkawi di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi.
 
Perbincangan tertumpu kepada cadangan kerjasama dan potensi sokongan TASK terhadap inisiatif kebajikan haiwan (animal welfare), khususnya berkaitan isu anjing liar yang tidak terkawal di beberapa kawasan dalam daerah Langkawi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat dan pelancong.
 
Diharapkan pertemuan ini dapat menjadi langkah awal ke arah pelaksanaan inisiatif yang lebih tersusun dan berkesan dalam menangani isu kebajikan haiwan serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti di Langkawi.